GEORGE TOWN: Di satu sudut yang tenang dalam kawasan perbandaran yang sibuk dan antara bangunan dengan seni bina warisan pelbagai budaya yang indah di tengah-tengah bandar George Town, terletak sebuah perkampungan dobi, sama seperti dobi terbuka di Mumbai, India.
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang yang telah wujud sejak awal 1800-an merupakan petempatan Dhobi Ghat yang terakhir di negara ini.
Sebelum ini terdapat beberapa dhobi ghat di Malaysia, termasuk di Perak.
Tinjauan Bernama mendapati, kebanyakan proses mencuci di sini masih menggunakan tangan, bermula dengan mengasingkan pakaian yang kemudiannya direndam dalam air sabun sebelum tukang basuh, dikenali sebagai dhobis, memukul pakaian di atas batu khas dan senario ini mengimbau kembali suasana zaman silam.
Yuvaraj Muthukannu, 67, yang telah mencuci pakaian sejak 1976 dan mewarisi kemahiran daripada bapanya berkata penempatan itu, telah diduduki oleh kira-kira 100 penyedia perkhidmatan dobi tradisional India, yang dibawa dari India semasa pemerintahan British.
Beliau berkata walau bagaimanapun, kini hanya tinggal sekitar 15 hingga 20 orang yang masih mengendalikan dobi terbuka ini, malah anak-anak mereka juga tidak berminat untuk mengambil alih perniagaan ini, namun Dhobi Ghat masih mengekalkan cara mereka melaksakan kerja.
Terkenang kepada suasana dahulu, Yuvaraj yang dilahirkan dan dibesarkan di Dhobi Ghat berkata bapanya bersama yang lain, pernah mencuci pakaian di sungai dengan air terjun sebelum kawasan perumahan dibangunkan di kawasan itu, kerana ketika itu air sungainya bersih.
"Setiap Sabtu hampir 100 orang akan membasuh pakaian di sungai ini pada waktu yang sama, malah ada pedagang dari India yang akan datang untuk mandi di sini, kerana berdekatan dengan Pelabuhan Pulau Pinang manakala petugas majlis perbandaran pula akan membersihkan sungai ini setiap Isnin," katanya.
Menurut papan maklumat di Kuil Sri Ramar yang dibina di penempatan Dhobi Ghat, tempat itu telah dibangunkan oleh seorang tukang cuci wanita India yang dikenali sebagai Rhanee, yang juga pemilik tanah tersebut selepas ia diberikan kepadanya pada 2 Mei 1802 oleh Gabenor Leftenan Kepulauan Prince of Wales (Pulau Pinang) yang pertama Sir George Leith Boranet, di bawah Syarikat Hindia Timur.
Penempatan itu juga telah dikenali sebagai Rhanee Dhoby pada tahun 1800an dan sentiasa diingati sebagai 'Vanna Thora Tedal' dalam bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat India di sini, yang bermaksud daerah dobi.
Sementara itu, seorang pencuci pakaian lelaki generasi ketiga Raman Angko, 61, berkata masih ramai orang terutamanya masyarakat India, menghantar pakaian mereka seperti saree, sut punjabi dan dhotis, untuk cucian pakaian secara tradisional, kerana bimbang pakaian mereka akan rosak apabila menggunakan mesin basuh atau cucian secara moden.
"Tempoh masa seminggu diperlukan untuk proses membasuh pakaian. Mula-mula saya akan menyusun pakaian dan mengasingkannya mengikut bahan dan warna. Selepas itu rendam, basuh dengan air, sabun dan beberapa bahan kimia tradisional yang diimport dari India.
"Kemudiannya kami menyental dan membilas menggunakan tangan, sebelum dijemur di bawah sinaran matahari dan seterusnya menyeterika menggunakan seterika arang, kerana ia mempunyai suhu yang sesuai untuk tahan lebih lama. Saya juga merendam pakaian terutama dhotis berwarna putih dalam air panas selama beberapa minit, untuk membunuh kuman dan menyerlahkan keputihan," katanya.
Walaupun pendapatan bekerja sebagai tukang cuci di Dhobi Ghat tidak seberapa, Raman berkata dia menjalani kehidupan dengan sempurna dan dengan sepenuh hatinya akan meneruskan legasi datuk dan bapanya itu.
Malah, beliau menyifatkan dirinya sebagai penggemar 'seni dobi' dan berbangga dengan profesionnya itu, walaupun mengetahui hakikat bahawa selepas beliau, legasinya itu tidak akan diteruskan lagi di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Raman Angko, 61, melakukan rutin harian perkhidmatan dobi di perkampungan Dobi yang terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat, George Town. - Bernama
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.